
OBJEKTIF.
Tujuan kempen pengumpulan dana ini dilakukan adalah untuk membeli sebuah van sekolah bagi mengangkut para pelajar asnaf ke sekolah di Kudat, Sabah.
​
PENERIMA MANFAAT.
Penerima van sekolah ini ialah SK Sikuati yang terletak di Kudat, Sabah sebagai sumbangan wakaf dari penyumbang Pertubuhan Sukarelawan MISI7 untuk digunakan sebagai kenderaan utama mengangkut lebih 100 orang pelajar asnaf pergi dan balik dari sekolah pada setiap hari persekolahan. MISI7 mula menyantuni penerima manfaat ini sejak tahun 2019.
​
KEPERLUAN VAN SEKOLAH.
Buat masa kini, para pelajar SK Sikuati, Kudat menaiki van sekolah kepunyaan seorang guru kafa di Kampung Sikuati yang dikenali sebagai Ustazah Mariyamah.
Setiap hari persekolahan, menggunakan van jenama Toyota Hiace Model RH20 keluaran tahun 1980 miliknya untuk mengambil pelajar-pelajar dari sekitar Kampung Sikuati untuk dihantar ke SK Sikuati, SK Lok Yuk dan SMK Sikuati, Kudat. Demikian juga pada waktu sesi persekolahan tamat, beliau atau suaminya akan mengambil pelajar-pelajar berkenaan.Menurut Ustazah Mariyamah, jumlah penumpang bagi satu perjalanan ialah seramai 35 orang.
Van tersebut banyak berjasa untuk memastikan kehadiran pelajar-pelajar ke sekolah. Menurut beliau lagi, tambang yang dikenakan bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM35/bulan untuk pelajar sekolah rendah manakala RM30/bulan untuk pelajar sekolah menengah.
Namun tidak semua keluarga mampu membayar tambang tersebut. Beliau dan suaminya tidak bertegas untuk mengutip tambang daripada keluarga pelajar kerana beliau mengenali dan memahami ketidakmampuan sesetengah ibu bapa pelajar.
Menurut beliau, berdasarkan rekod bertulis yang dilakukannya, pada tahun 2023 hutang yang tidak dibayar oleh ibu bapa pelajar untuk van sekolah ini ialah sebanyak RM2,500. Beliau pernah juga meminta bayaran tersebut dari ibu bapa pelajar, tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh keluarga yang tidak mampu membayar. Malah setiap tahun, ada hutang tertunggak daripada keluarga pelajar.
Keperluan kepada van sekolah yang baru amatlah mendesak di sini. Bukan sahaja kerana keadaan van yang telah uzur, malah juga risiko keselamatan kepada pelajar perlu diminimakan.
Pernah terjadi beberapa kali, van tersebut tidak dapat beroperasi kerana kerosakan. Hampir 30% pelajar tidak dapat hadir ke sekolah apabila berlaku kerosakan pada van tersebut.
Van sekolah ini bukan sahaja mengangkut sekali perjalanan tetapi tiga kali perjalanan untuk sesi pergi ke sekolah. Demikian juga sesi persekolahan tamat, beliau perlu melakukan tiga kali perjalanan untuk mengangkut semua pelajar yang menaiki van tersebut ke rumah masing-masing.
​

PELAN PELAKSANAAN.
Kami bercadang untuk membantu melakukan kempen pengumpulan dana wakaf untuk membeli van yang baru untuk melancarkan lagi urusan persekolahan pelajar-pelajar di sana. Berikut adalah pelan pelaksanaan bagi projek wakaf ini:
1. Kempen pengumpulan dana dan pembelian dilaksanakan oleh Pertubuhan Sukarelawan MISI7.
2. Setelah pengumpulan dana telah mencapai sasarannya, pembelian dan hak milik berdokumen bagi van tersebut akan diserahkan kepada SK Sikuati.
3. Pengendalian dan pengurusan van tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah samada mahu menguruskannya di bawah kelolaan pihak sekolah atau lantikan pihak ketiga.


LAMPIRAN SURAT KEIZINAN, PENGESAHAN DAN SOKONGAN DARI SK SIKUATI, KUDAT, SABAH.
​

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
​
SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 8602795908 (CIMB)
Rujukan Transaksi: 'WAKAF 27'
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
​
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi 'online', sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada info.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.