
PROGRAM QURBAN TAHUN 2024.
ALHAMDULILLAH. Program Qurban pada tahun 2025 ini adalah tahun ke-10 kami menguruskan ibadah qurban di dalam dan luar negara. Hari Raya Aidiladha merupakan hari raya ke-2 untuk umat Islam. Justeru itu, kami di Pertubuhan Sukarelawan MISI7 mengambil inisiatif untuk membuka penyertaan bahagian Qurban yang akan dilakukan di Sabah dan Kemboja.
​
RINGKASAN PENERIMA MANFAAT:
KOMUNITI ASNAF FAKIR DI KUDAT, SABAH:
Penerima manfaat qurban ini adalah keluarga pelajar asnaf di SK Sikuati, Kudat, Sabah. Kami merancang untuk mengagihkan daging qurban ini kepada 379 keluarga pelajar asnaf dan 55 buah keluarga petugas sekolah tersebut.
Sasaran sebanyak 3 ekor lembu untuk penerima manfaat ini.
​
KOMUNITI ASNAF MUALLAF, PEDALAMAN RATANAKIRI, KEMBOJA:
Di Wilayah Ratanakiri, Kemboja ini, terdapat kira-kira 10 buah perkampungan orang asli yang telah dijalankan kegiatan dakwah Islam sejak tahun 2009. Manakala MISI7 mula memberi tumpuan bantuan di Kampung Somtrok iaitu salah satu dari 10 buah kampung tersebut pada tahun 2018.
​
Perjalanan untuk ke Ratanakiri samada dari Phnom Penh atau pun Siem Reap mengambil masa kira-kira 9 jam. Rekod terkini pada bulan Januari 2024, terdapat 125 orang muslim daripada 75 buah keluarga. Mereka yang terdiri dari suku kaum Cham Cherai ini amat sedikit fasih berbahasa Khmer. Mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dalam komunikasi harian.
​
Walaupun harga lembu di sana jauh lebih murah berbanding di Malaysia, namun nilai tersebut amatlah besar dan diluar kemampuan mereka. Apatah lagi dengan kesukaran memperolehi daging sembelihan yang menuruti hukum syarak.
​
IN SHA ALLAH, urusan qurban ini dijadual akan diadakan pada hari pertama Raya Aidiladha tahun 2024 dan kami bersama sukarelawan akan turut serta dalam program ini di Sabah, manakala urusan qurban di Kemboja diuruskan sendiri oleh wakli MISI7 di sana.
​
Sasaran sebanyak 3 ekor lembu untuk penerima manfaat ini.
​
​
KENAPA KAMI ADAKAN PROGRAM QURBAN DI LUAR NEGARA?
Ibadah qurban ini dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat saudara baru tentang kepentingan ibadah qurban itu sendiri yang bersandarkan kepada pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Berikut adalah diantara sebab fokus kami melakkan qurban di luar negara:
​
1. Pengagihan daging qurban kepada mereka yang lebih memerlukan terutamanya kepada golongan asnaf muallaf merupakan diantara agenda terpenting dalam program ini.
​
2. Penerima manfaat tinggal di kawasan minoriti muslim menyebabkan kesukaran untuk mereka mendapatkan daging yang halal. Sekiranya ada sekalipun, tidak ramai dari mereka yang mampu membelinya kerana faktor harga yang tinggi serta kekangan kewangan mereka. Tidak seperti kita di Malaysia, susah macam mana pun di negara sendiri tidak sukar untuk memperoleh daging yang halal.
​
3. Jika terdapat lebihan daging qurban mereka akan jadikannya stok simpan untuk setahun dengan menggunakan teknik pembekuan atau pengeringan. Dengan cara ini mereka dapat merasai daging secara berterusan. In sha Allah, ganjaran dari Allah kepada peserta qurban juga berterusan.
​
4. Memberikan pendedahan kepada saudara baru kepada ibadah qurban. Dari situlah, mereka yang baru mengenal Islam dapat merasai keindahan Islam yang mana masyarakatnya tidak pernah lupa kepada golongan yang lebih memerlukan.
​
5. Peluang untuk mengadakan qurban di kawasan minoriti muslim juga adalah peluang untuk kita berdakwah kepada golongan yang belum muslim.
​
6. Sebagai platform untuk muslim berkumpul mengeratkan ukhuwah sesama mereka. Kehidupan masyarakat muslim di kawasan minoriti amat terhad dari segi pergaulan terutamanya jarak kediaman masing-masing yang jauh dan tidak mempunyai kenderaan.
​
7. Menyelitkan slot keagamaan untuk menambah ilmu agama kepada penerima manafaat.
​
Sebenarnya ibrah dari program qurban di luar negara minoriti muslim ini terlalu banyak untuk kita ambil. Lebih-lebih lagi jika kita sendiri yang ikut serta pada hari program.
​
MAHU TURUT SERTA BERSAMA KAMI KE SABAH UNTUK PROGRAM QURBAN INI? Sila klik DI SINI untuk butiran penyertaan.
​
KAEDAH PELAKSANAAN:
Daging qurban akan diagihkan kepada penerima manafaat. Proses penyembelihan, pelapahan daging, pengagihan akan dilaksanakan di tempat penerima manafaat supaya mereka dapat melihat secara lebih dekat bagaimana syariat Ibadah qurban dilaksanakan sekaligus mendidik mereka untuk melaksanakan ibadah qurban ini.
​
Kadar bayaran untuk program qurban ini adalah seperti berikut:
​
QURBAN DI KUDAT, SABAH:
Satu bahagian Lembu RM850.00
Satu ekor Lembu RM5,950.00
​
QURBAN DI RATANAKIRI, KEMBOJA:
Satu bahagian Lembu RM450.00
Satu ekor Lembu RM3,150.00
​
**Harga telah termasuk dengan kos pengurusan.
​
ANSURAN QURBAN:
Kami juga menerima bayaran penyertaan Qurban ini secara ansuran. Kaedah bayaran ansuran qurban ini diwujudkan bagi memudahkan kepada peserta qurban untuk melakukan pembayaran secara beransur-ansur.
​
Tiada nilai minima bayaran mahupun jumlah kekerapan bayaran dikenakan, namun begitu peserta perlu melakukan pembayaran penuh mengikut tarikh akhir bayaran yang telah ditetapkan.
​
Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan penyertaan tetapi boleh digantikan dengan peserta yang lain atau kami jadikannya sebagai sedekah qurban yang kami akan cari penderma untuk melengkapkan kos bahagian jika belum mencukupi.
​
PESERTA QURBAN AKAN MENERIMA:
1. Sijil penyertaan.
2. Laporan qurban.
3. Gambar qurban.
**Perkara 1 & 2 diberikan dalam tempoh 7 hari setelah selesai qurban menerusi email.
**Perkara 3 diberikan pada hari yang sama setelah selesai qurban menerusi whatsapp.
TARIKH AKHIR BAYARAN IALAH 29-05-2025
ANDA BERMINAT MENGAMBIL BAHAGIAN QURBAN INI?
Sila klik pautan whatsapp ini http://www.wasap.my/601129962129 untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut menerusi AJK yang bertugas..