
PENGAMBILAN PETUGAS KEMANUSIAAN UNTUK:
​
PEMBANTU BAHAGIAN PENGURUSAN ACARA DAN PROGRAM.
TUGASAN:
1. Menguruskan secara berkumpulan untuk pelaksanaan acara dan program pertubuhan seperti:
i. Acara Amal
ii. Jualan Amal
iii. Program Dalam negara.
iv. Program Luar negara.
v. Misi Bantuan Bencana/Kecemasan
​
2. Menghadiri setiap sesi perbincangan berkaitan acara/program.
​
3. Berurusan dengan pihak ketiga seperti pembekal, penaja, media dan sebagainya.
​
4. Membantu sebaran program menerusi platform media sosial.
​
5. Mengendalikan tugasan sukarelawan pada hari program.
​
6. Menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang diadakan 4 kali setiap tahun.
​
**Terdapat 3 kekosongan untuk posisi ini.
​
**Posisi ini hanya untuk pemohon yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.
​
​
KELAYAKAN PERMOHONAN:
-
Lelaki / wanita berumur diantara 22-35 tahun.
-
Tidak merokok.
-
Warganegara Malaysia.
-
Seorang yang amanah.
- Boleh berkerjasama secara berpasukan.
-
Memberi maklum balas dengan cepat pada setiap memo/pertanyaan/email/telegram.
-
Tiada pengalaman dan bersedia untuk menerima tunjuk ajar.
-
Pemohon yang memiliki pengalaman sangat dialu-alukan.
-
Mahir menggunakan Microsoft Word & Excel.
-
Aktif menggunakan media sosial.
-
Tidak terikat dengan mana-mana pengurusan badan bukan kerajaan (NGO).
MANAFAAT:
i. Berpeluang mengikuti program dalam dan luar negara MISI7 secara percuma sebagai AJK Program.
​
ii. Berpeluang mendapat pendedahan proses kerja-kerja kemanusiaan secara langsung.
iii. Layak menerima elaun / komisyen berdasarkan kerja yang dilaksanakan.
**Elaun/komisyen akan dibincangkan ketika temuduga.
**Pertubuhan ini tidak menyediakan gaji kepada semua AJK, petugas dan sukarelawan.
​
iv. Meluaskan jaringan kenalan.
​
v. Mempelajari kemahiran baru.
​
vi. In sha Allah, berpeluang meraih saham akhirat dari kerja-kerja yang diusahakan bersama.
​
​
LAIN-LAIN PERKARA:
i. Pemegang jawatan tidak perlu bertugas di pejabat. Boleh lakukan tugasan di mana-mana sahaja.
ii. Pemegang jawatan tidak terikat sepenuh masa dengan pertubuhan. Jadi sesuai untuk mereka yang sedang belajar/berkerja.
Sekiranya anda berminat untuk bersama-sama kami menguruskan pertubuhan ini, sila emailkan RESUME & SURAT PERMOHONAN, nyatakan jawatan yang dipohon dan emailkan ke: sukarelawan.misi7@gmail.com
​
Hanya calon yang dipilih sahaja akan dihubungi menerusi email untuk temuduga.