top of page
WAKAF 25.jpg

OBJEKTIF:

Tujuan kempen pengumpulan dana ini dilakukan adalah untuk membantu penyediaan keperluan kelas pembelajaran asas komputer untuk masyarakat asnaf dan muallaf minoriti muslim di Wilayah Ratanakiri, Kemboja.

​

PENERIMA MANFAAT:

Di Wilayah Ratanakiri, Kemboja ini, terdapat lebih 10 buah perkampungan orang asli yang telah dijalankan kegiatan dakwah Islam sejak tahun 2009. 

​

Rekod terkini pada bulan Jun 2023, terdapat 129 orang muslim daripada 86 buah keluarga di Kampung Somtrok ini. Mereka yang terdiri dari suku kaum Cham Cherai ini amat sedikit fasih berbahasa Khmer. Mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dalam komunikasi harian. Majoriti masyarakat kampung ini adalah petani dan penternak yang berstatus asnaf.

​

MISI7 mula menyantuni penerima manfaat ini bermula tahun 2018. Baca laporan kunjungan kami pada November 2023 yang lalu menerusi Kembara Amal Sukarelawan #MISI7InCambodia23 DI SINI.

​

 

KEPERLUAN KELAS KOMPUTER:

Masyarakat di kampung ini hanya didedahkan pendidikan asas di sekolah dan bagi muslim dikampung ini mereka disediakan kelas bimbingan agama yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Ahad. Kelas ini ditaja oleh penyumbang daripada MISI7.

​

Proses kehidupan masyarakat dikampung ini melalui kitaran hidup yang menyukarkan untuk mereka keluar dari kepompong kesusahan. Anak-anak yang telah habis bersekolah kebanyakkannya menyambung tradisi kerja keluarga mereka.

​

Kebanyakkan dari mereka tidak mendapat peluang untuk meneroka kehidupan baru yang berpotensi untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka atau generasi akan datang.

 

Selain memberikan bimbingan agama kepada muslim muallaf di kampung ini kami juga mahu berusaha untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kesusahan sekaligus melahirkan generasi muslim yang lebih cemerlang di sini pada masa akan datang.

​

Belum ada usaha sebegini dilakukan baik dikampung ini dan juga kampung-kampung berdekatan. Di sekolah-sekolah kerajaan juga tiada disediakan kelas pembelajaran asas komputer.

​

Kami melihat usaha ini bukan sahaja dapat memberikan kemahiran tambahan kepada golongan sasaran iaitu remaja dan belia, malah juga dapat mendekatkan lagi masyarakat bukan Islam di sini untuk mereka mengetahui tentang Islam dalam gambaran yang lebih jelas.

​

​

PELAKSANAAN DAN ANGGARAN KOS :

Pelaksanaan kelas ini akan dikendalikan oleh wakil MISI7 di sana iaitu Ustaz Ahmath yang juga pengajar kelas bimbingan agama bersama isterinya. Diantara kemahiran asas komputer yang akan diajarkan menerusi kelas ini ialah, penyimpanan dokumen, perisian microsoft word dan excel. Penyertaan kelas ini adalah percuma.

​

Sebagai permulaan, kekerapan kelas ini diadakan ialah 2 kali pada setiap minggu. Penyertaan pelajar dihadkan kepada 5 orang sahaja untuk 1 sesi. Penambahbaikkan akan dilakukan dari masa ke semasa berdasarkan keperluan dari kelas yang dilaksanakan.

​

Elaun mengajar akan diberikan sebanyak USD100 setiap bulan kepada Ustaz Ahmath dan beliau dikehendaki menghantar laporan mingguan kepada MISI7 untuk rekod dan pemantauan.

​

Laptop untuk kelas ini akan di simpan dirumah Ustaz Ahmath dan hanya dikeluarkan pada hari kelas.

​

Untuk pembelian barangan yang diperlukan ini, AJK MISI7 sendiri akan ke Kemboja untuk melakukan pembelian dan penyusunan kelas. Pembelian laptop perlu dilakukan di sana bagi memudahkan urusan penetapan pada laptop dan juga penyelenggaraanya pada masa akan datang.

​

Berikut dikongsikan anggaran kos keperluan projek wakaf ini.

Kos WAKAF 25.jpg
Wakaf 25_info 02.jpg

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

​

SUMBANGAN.

Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:


Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 8602795908 (CIMB)

Rujukan Transaksi: 'WAKAF 25'

ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

QR CIMB MISI7.png

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

​

NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi 'online', sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada info.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

bottom of page