
TAKLIMAT ASAS SUKARELAWAN.
​
PENGENALAN:
Nama 'MISI7' ini lahir pada 16 Januari 2015. Ketika bencana banjir besar berlaku di Kelantan, sebuah badan NGO telah melancarkan sebanyak 14 misi bantuan banjir di sana. Sekelompok sukarelawan daripada misi ke-7 bantuan banjir tersebut mengekalkan kumpulan ini dan terus melakukan aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Nama 'MISI7' ini adalah simbolik kepada pertemuan yang telah menyatukan sukarelawan mengasaskan pertubuhan ini.
​
Sehingga kini, MISI7 telah melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di 7 buah negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan Filipina. Klik DI SINI untuk butiran lebih lanjut berkenaan pertubuhan ini.
OBJEKTIF:
Untuk melahirkan generasi sukarelawan yang prihatin, berkualiti dan berintegriti.
​
TENTANG PROGRAM:
Program ini adalah usaha pertubuhan ini untuk memberikan kesedaran, pendedahan dan bimbingan agar dapat dijadikan panduan kepada masyarakat untuk memberi impak yang lebih positif sebagai sukarelawan.
​
Kami telah melaksanakan Taklimat Asas Kesukarelawanan ini dalam bentuk yang lebih terperinci sejak tahun 2018 menerusi Kursus Induksi Sukarelawan. Beberapa Institusi Pengajian Tinggi juga pernah bekerjasama untuk memberikan kursus ini kepada pelajar mereka. Klik DI SINI untuk melihat lampiran sebahagian gambar-gambar program terdahulu.
​
Adalah menjadi visi dan misi pertubuhan ini dilapangan kemanusiaan untuk kami memperkasakan khidmat sukarelawan dilapangan kemanusiaan. Semoga, dengan usaha ini, MISI dapat membawa impak yang besar untuk generasi masa kini dan akan datang.
​
Kesesuaian umur peserta bagi program ini adalah dari usia 13-28 tahun. Walaupun begitu, penyertaan golongan usianya lebih dari umur tersebut amatlah dialu-alukan.
​
​PENGISIAN:
Sesi taklimat ini hanya mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja. Peserta diberi penerangan asas 3 komponen utama sebagai persediaan seorang sukarelawan untuk melaksanakan sesuatu program/misi bantuan iaitu;
-
Persediaan Psikologi.
-
Kepentingan Proses Penilaian.
-
Perlaksanaan Misi Bantuan.
​
​Peserta yang menyertai program ini akan diberikan:
-
Sijil penyertaan.
-
Modul Asas Sukarelawan.
​
MANFAAT:
Manfaat yang akan diperolehi menerusi program ini ialah:
-
Mengetahui keadaan sebenar dilapangan kemanusiaan.
-
Mempelajari teknik penilaian bantuan / penerima manfaat.
-
Membentuk jati diri sebenar seorang sukarelawan.
​
KADAR BAYARAN:
​Untuk melaksanakan sesi taklimat ini, kami perlu mengeluarkan beberapa kos seperti pengangkutan, cetakan dan elaun petugas. Berikut adalah kadar bayaran yang kami tawarkan:
-
RM300: Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.
-
RM400-RM600: Negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
​
PENDAFTARAN:
-
Jumlah peserta bagi setiap sesi taklimat ini ialah diantara 10-50 orang sahaja.
-
Tempat/ruang beserta kerusi dan meja disediakan oleh pihak peserta.
-
Peralatan seperti pembesar suara dan 'screen projector' juga disediakan oleh pihak peserta.
-
Tarikh dan masa bergantung perbincangan oleh kedua-dua belah pihak.
​
​Untuk perbincangan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129