
OBJEKTIF:
Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan golongan asnaf penerima manfaat pertubuhan ini pada bulan Ramadhan dengan membuka peluang kepada penderma berkongsi rezeki menaja hidangan berbuka puasa mereka.
​
TENTANG PROGRAM:
Program Tajaan Iftar ini telah dilaksanakan oleh pertubuhan ini sejak tahun 2015 menerusi beberapa nama/program berlainan seperti Bantuan Ramadhan, Lawatan Sukarelawan dan Kembara Amal Sukarelawan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan sehinggalah ianya diselaraskan dengan nama Program Tajaan Iftar pada tahun 2020. Berikut adalah senarai penerima manfaat, anggaran kos dan tarikh pelaksanaan untuk program ini:

Anggaran kos untuk 1 set tajaan iftar ini ialah sebanyak RM23.00. Anggaran kos ini termasuk dengan kadar tukaran matawang dan caj transaksi luar negara untuk penerima manfaat kecuali di Sabah.
​
Jumlah sasaran bagi Tajaan Iftar Tahun 2025 ialah: RM23 X 725pek = RM16,675.00
Cadangan hidangan adalah seperti berikut: Nasi Arab/Beriani Kambing & Ayam, buah-buahan, 2 jenis kuih dan minuman. Namun begitu, penerima manfaat diberi kelonggaran untuk menetapkan sendiri menu yang mereka mahu hidangkan kerana lain negara, lain budaya dan caranya yang perlu disesuaikan.
Agihan di SK Sikuati Kudat, Sabah pada 08 Mac 2025 akan diuruskan sendiri oleh kami. Kami amat mengalu-alukan penyertaan penderma untuk bersama-sama kami meraikan penerima manfaat di sana. Klik pautan whatsapp di bawah untuk penyertaan dan butiran lanjut.
​
Untuk agihan dilokasi lain pula akan diuruskan oleh wakil penerima manfaat yang juga wakil MISI7 ditempat mereka. Sekiranya pihak penyumbang / penaja memerlukan butiran lanjut serta senarai penerima manfaat yang lebih terperinci, ianya boleh dilakukan dengan menghubungi pihak kami.







Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
​
SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 8602795908 (CIMB)
Rujukan Transaksi: 'IFTAR'
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
​
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi 'online', sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada info.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.