
OBJEKTIF:
Tujuan kempen wakaf ini adalah untuk​​​ diagihkan kepada asnaf fakir miskin dan muallaf terutamanya untuk penerima manfaat yang tinggal di negara minoriti muslim.
​
TENTANG KEMPEN:
Kami telah mula melaksanakan kempen ini sejak tahun 2016 dengan melakukan agihan kepada penerima manfaat menerusi program Kembara Amal Sukarelawan yang diadakan di beberapa buah negara Asean termasuk Malaysia iaitu di Sabah dan Sarawak.
​
Usaha ini terhenti pada tahun 2020-2021 kerana wabak COVID 19 yang tersebar di seluruh dunia. Pada tahun 2022-2024 kami melaksanakan kempen ini secara bersasar menerusi kempen pengumpulan dana untuk program yang kami adakan dalam skala kecil sahaja.
​
Namun begitu, menerusi pemerhatian dan penilaian penerima manfaat dalam tempoh tahun 2022-2024 dan juga maklumat yang dikongsikan oleh penerima manfaat kepada kami, keperluan wakaf ini masih berkeperluan untuk dilaksanakan. Ini kerana:
-
Terdapat penambahan penerima manfaat baru.
-
Barangan yang diwakafkan sebelum ini telah banyak yang rosak.
​
​Oleh itu, kami mengambil langkah untuk memulakan pelaksanaanya bermula awal tahun 2025.
​
CARA MENYUMBANG.
Bagi sumbangan ini kami lebih cenderung untuk menerima sumbangan berbentuk barangan. Untuk pengeposan dari seluruh lokasi atau pengambilan (dari Lembah Klang sahaja) ianya boleh dilakukan dengan menghubungi AJK yang bertugas iaitu Bro Salman dengan klik pautan whatsapp ini: http://www.wasap.my/601129962129
​
Namun, jika ada penyumbang mahu memberikan sumbangan dalam bentuk duit, ianya boleh dilakukan menerusi butiran akaun yang dikongsikan di bawah.
​​​​


Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan terkini.
​
SUMBANGAN.
Selain dari sumbangan set wakaf ini, kami juga memerlukan sumbangan untuk menampung kos bagasi seperti yang kami kongsikan di atas.
​
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 8602795908 (CIMB)
Rujukan Transaksi: AL-QURAN / BUKU IQRA / SET WAKAF
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
​
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi 'online', sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.