top of page
photo_2025-02-23_18-58-53.jpg

OBJEKTIF.

Dana ini dibuka untuk menampung sedikit sebanyak kos pendidikan pelajar asnaf yang tinggal di bahagian utara negara Thailand iaitu Chiang Rai.

​​​

TENTANG PENERIMA MANFAAT.

Latar belakang penerima manfaat adalah terdiri daripada anak orang bukit (orang asli) Thailand dibahagian utara negara tersebut. Mereka terdiri dari bangsa Akha, Leso, Mong dan Muse.

 

Kebanyakkan mereka diserahkan oleh ibu/bapa dan ahli keluarga terdekat untuk dibesarkan dalam didikan Islam. Usia pelajar diantara 4-17 tahun. Di sana, pelajar menerima pendidikan secara percuma.

 

Pada hari biasa mereka bersekolah di sekolah kerajaan yang berhampiran. Selebihnya mereka menerima pendidikan agama di sini.

​

Di Chiang Rai, terdapat beberapa buah 'Islamic Center' yang ditubuhkan untuk tujuan dakwah dan bimbingan agama Islam. Bilangan pelajar melebihi bilangan 500 orang.

​

MISI7 mengambil bahagian kecil untuk menampung sedikit sebanyak keperluan persekolahan untuk kira-kira 150 orang pelajar. Sekiranya penyumbang memerlukan butiran lanjut penerima manfaat, boleh berhubung menerusi nombor whatsapp yang dikongsikan di bawah.

​

BUTIRAN DANA.

MISI7 mula membantu pelajar asnaf di Wilayah Chiang Rai, Thailand sejak tahun 2016. Bantuan yang disalurkan adalah secara berkala untuk keperluan tertentu. â€‹

 

Bermula tahun ini, kami telah menetapkan sebanyak RM7,500.00 untuk bantuan tetap. Sebenarnya amaun ini masih jauh dari jumlah yang mereka perlukan, namun dengan kehadiran bantuan dari NGO lain, in sha Allah ianya dapat menampung keperluan sebenar mereka.

 

Sasaran bantuan ini adalah bagi kelengkapan persekolahan pelajar seperti uniform, kasut sekolah, buku dan alatulis.

​

Untuk makluman, agihan dana ini diadakan sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu:

1. Pada pertengahan bulan April setiap tahun kerana buat masa ini, sesi baru persekolahan di Thailand dibuka pada pertengahan bulan Mei.

Bentuk serahan: Kiriman wang.

​

2. Pada hujung bulan Disember setiap tahun ketika melawati mereka menerusi Program Kembara Amal Sukarelawan #MISI7InThaiLaos. 

Bentuk serahan: Pembelian sendiri barangan di sana oleh AJK dan sukarelawan.

​

Setiap tahun kami akan melakukan penilaian kepada penerima manfaat untuk mengenal pasti keutamaan keperluan mereka dan impak bantuan serta perkara-perkara lain yang perlu dikemaskini.

​​​

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

​

SUMBANGAN.

Bagi dana ini, tiada jumlah minima bagi sumbangan ingin disalurkan. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:


Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 8602795908 (CIMB)

Rujukan Transaksi: 'CHIANG RAI'

ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

QR CIMB MISI7.png

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

​

NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi 'online', sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada info.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

bottom of page