top of page
DANA-BIMBINGAN-MUALLAF-KEMBOJA-2025.jpg

OBJEKTIF.

Program ini diadakan untuk memberikan bimbingan agama kepada asnaf muallaf di Kemboja supaya mereka mendapat ilmu pengetahuan yang sewajarnya.

​

TENTANG PENERIMA MANFAAT.

Di Wilayah Ratanakiri, Kemboja ini, terdapat kira-kira 10 buah perkampungan orang asli yang telah dijalankan kegiatan dakwah Islam sejak tahun 2009. Manakala MISI7 mula memberi tumpuan bantuan di Kampung Somtrok iaitu salah satu dari 10 buah kampung tersebut pada tahun 2018.

​

Perjalanan untuk ke Ratanakiri samada dari Phnom Penh atau pun Siem Reap mengambil masa kira-kira 9 jam. Rekod terkini pada bulan Januari 2024, terdapat 125 orang muslim daripada 75 buah keluarga. Mereka yang terdiri dari suku kaum Cham Cherai ini amat sedikit fasih berbahasa Khmer. Mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dalam komunikasi harian.

​

Kepada penderma yang memerlukan butiran penerima manfaat hendaklah menghubungi AJK Penyelaras menerusi talian WhatsApp ataupun email yang kami kongsikan di bawah.

 

Ini kerana butiran penerima manfaat kami tidak dedahkannya kepada umum atas faktor privasi penerima manfaat.

​

BUTIRAN PROGRAM.

Program ini telah dilaksanakan oleh MISI7 sejak tahun 2021. Pada tahun 2022, program ini terhenti pada bulan September kerana kekurangan dana untuk melaksanakannya. Alhamdulillah, pada tahun 2023 -  2024, dana untuk program ini telah mencukupi dan kini kami sedang mengumpulkan dana untuk tahun 2025.

 

Program yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu ini memberikan fokus kepada pengetahuan Fardhu Ain dan bacaan Iqra/Surah lazim. Ianya dikendalikan oleh wakil kami di sana iaitu Ustaz Ahmath dan isterinya.

​

Klik DI SINI untuk meihat laporan program ini.

​

02.jpg

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

​

SUMBANGAN.

Bagi dana ini, tiada jumlah minima bagi sumbangan ingin disalurkan. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:


Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 8602795908 (CIMB)

Rujukan Transaksi: 'MUALLAF KEMBOJA'

ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

QR CIMB MISI7.png

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

​

NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi 'online', sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada info.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

bottom of page