top of page
Baju Sejuk.jpg

​

PENGENALAN:

Pada setiap tahun diantara bulan November sehingga Februari, Wilayah Chiang Rai yang terletak dibahagian utara negara Thailand akan mengalami musim sejuk. Suhu pada waktu malam kebiasaanya ialah 10°C ke bawah. 

​

TENTANG PROJEK:

Pertubuhan Sukarelawan MISI7 sedang melakukan Projek Pengumpulan Baju Sejuk Baru/Terpakai untuk disumbangkan kepada pelajar-pelajar asnaf minoriti muslim di Wilayah Chiang Rai, Thailand. In sha Allah, kami sendiri akan menyerahkan sumbangan ini pada bulan November setiap tahun.

​

Oleh kerana kekurangan tenaga kerja dan ruang, kami memerlukan bantuan sukarelawan dari seluruh negeri untuk membantu kami: 

​

1. Menerima dan melayan pertanyaan penderma menerusi whatsapp.

​

2. Menerima sumbangan baju sejuk dari penderma samada menerusi serahan fizikal ataupun pos ke tempat tinggal sukarelawan.

​

3. Kemudian sukarelawan perlu membuat penyusunan dan pengasingan. Ini kerana, mungkin ada sumbangan yang diterima keadaanya tidak sesuai untuk disumbangkan.

​

4. Setelah pengasingan dilakukan, sukarelawan perlu menyimpan terlebih dahulu untuk tujuan pengumpulan.

​

5. Sukarelawan perlu mengepos/menghantar kepada Pertubuhan Sukarelawan MISI7 pada minggu pertama bulan Oktober setiap tahun. Kos penghantaran akan dibiayai oleh MISI7.

​

Bagi kerja-kerja sebaran umum ke media sosial, pasukan media kami akan mengendalikannya. Namun jika sukarelawan mahu turut melakukan sebaran tersebut, boleh menyalinnya dari laman Facebook MISI7.

 

Sukarelawan yang aktif dan berjaya mengumpulkan baju sejuk menerusi projek ini akan diberikan sijil penghargaan dan cenderahati dari pertubuhan.

 

Untuk pendaftaran / pertanyaan lanjut, sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

bottom of page