top of page
DANA-ANAK-MISI7-2025.jpg

OBJEKTIF.

Dana ini dibuka untuk membiayai kos pendidikan pelajar asnaf yang dipilih menerusi Program Penajaan Pendidikan Pelajar Asnaf - Anak MISI7.

​

BUTIRAN PROGRAM.

MISI7 mula membantu pelajar asnaf di Sabah pada tahun 2018. Manakala program penajaan pendidikan ini dimulakan pada tahun 2021 untuk pelajar-pelajar yang terpilih di sana.

 

Pelajar yang dipilih adalah mereka yang dicadangkan oleh pengurusan sekolah dan telah melalui proses penilaian yang dilakukan oleh AJK MISI7 sendiri tanpa mengira agama dan bangsa.

 

Kriteria pemilihan pelajar adalah seperti berikut:

  1. Fakir miskin

  2. Anak yatim/piatu

  3. Tiada dokumen diri

 

Penetapan kriteria di atas adalah kerana kami mahu memberikan peluang kepada mereka untuk mendapatkan pendidikan dengan harapan masa depan mereka akan lebih baik.

​

TENTANG PENERIMA MANFAAT.

Pelajar penerima manfaat dana ini bersekolah di SK Sikuati, Kudat. Sebahagian daripada pelajar ini tiada dokumen diri kerana tidak didaftarkan kelahiran oleh ibu bapa mereka yang juga tiada dokumen diri. Mereka adalah warga tempatan. Isu pelajar warganegara yang tiada dokumen kelahiran bukan lagi isu yang baru di Sabah. Permasalahan ini berada dalam skala yang terlalu besar.

 

Pada tahun 2021-2023 terdapat 10 pelajar telah menerima penajaan ini. Pada tahun 2024 pula, seramai 18 pelajar telah menerima penajaan ini. Melihat impak positif daripada penajaan yang telah dilaksanakan, kami menambah bilangan pelajar untuk menerima penajaan ini kepada 20 pelajar untuk tahun 2025.

​

LAPORAN PRESTASI.

Kami kongsikan laporan prestasi pelajar bagi tahun:

2022-2023: klik DI SINI.

2023-2024: klik DI SINI.

​

BUTIRAN DANA.

Berikut adalah anggaran kos yang diperlukannya untuk penajaan tahun 2025:

KOS.jpg

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

​

SUMBANGAN.

Bagi dana ini, tiada jumlah minima bagi sumbangan ingin disalurkan. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:


Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 8602795908 (CIMB)

Rujukan Transaksi: 'ANAK MISI7'

ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

QR CIMB MISI7.png

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

​

NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi 'online', sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada info.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

bottom of page